Yep, that’s right. Surprise, surprise, the Johor Religious Department (Jabatan Agama Johor) is organising a Sufi Seminar to discuss 4 key tariqahs or Sufi order on Thursday 24 April 2008. The tariqahs that will be discussed are: Alawiah, Ahmadiah, Naqshbandiah & Qadiriah. At night, they are organising a public Naqshbandi dhikr gathering. Read the details below, including very interesting seminar objectives.
JEMPUTAN SEMINAR TAREKAT KESUFIAN SIRI PERTAMA 2008 & MAJLIS ZIKIR TAREKAT NAQSHBANDIAH
Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Agama Johor, Bahagian Penyelidikan akan mengadakan Seminar Tarekat Kesufian Siri Pertama 2008 dan Majlis Zikir sebagaimana ketentuan berikut:
Pendahuluan
Tarekat Kesufian merupakan satu kaedah seseorang mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Melihat kepada kepentingan pendekatan tersebut ramai dikalangan masyarakat Islam melibatkan diri kepada amalan tersebut. Khasnya dikalangan mereka yang terlibat dengan pengajian pondok dan orang yang telah mendekati usia emas.
Aliran kesufian merupakan satu kaedah mulia yang terlah diwarisi sejak zaman Rasulullah SAW tetapi disebabkan kurang diambil perhatian oleh sebahagian umat Islam, ianya dipandang negatif malahan sesat bagi mereka yang tidak berminat atau jahil dalam bidang tersebut.
Objektif Seminar
- Memberikan maklumat dan penjelasan kepada masyarakat berhubung isu tarekat/tasawuf yang dibangkitkan oleh pihak yang anti kepada amalan tersebut seperti amalan al-Wahabi.
- Memberikan peluang kepada peserta seminar untuk mendengar penjelasan dan berbincang dengan penceramah dan pengamal tarekat bagi mendapatkan penjelasan sebenar terhadap amalan sesuatu tarekat.
- Menjadikan amalan tarekat sebagai kaedah meyucikan hati dan wasilah bagi mengimarahkan masjid dan surau.
Tarikh: Khamis 24 April 2008
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat Seminar: Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru
Tempat Zikir: Masjid Tun Hussein Onn, Larkin Johor Bahru
Masa: 7 - 10.30 malam
Pemimpin: Ustaz Dr Abdul Manam Bin Mohamad (Universiti Darul Iman Terengganu)
Aturcara
8 pagi - Pendaftaran & Sarapan Pagi
8.15 pagi - Ketibaan Dif Kehormat
8.30 pagi
- Ucapan Aluan Pengarah Jabatan Agama Johor
- Ucapan Perasmian
- Pembentangan Kertas Kerja 1
oleh Syed Hasan Bin Syed Mohamed Al-Attas, Imam Masjid Ba’alwie Singapura
- Pembentangan Kertas Kerja 2
oleh Prof Madya Dr. Zarina Bte Saari, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
- Pembentangan Kertas Kerja 3
oleh Dr Abdul Manam Bin Mohamad, Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Terengganu
- Perbincangan
1.00 tengahari - Jamuan Tengahari / Solat Zuhur
- Pembentangan Kertas Kerja 4
oleh Dr Abdul Manam Bin Mohamad, Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Terengganu
- Perbincangan
4.30 petang - Bersurai
MAJLIS ZIKIR TAREKAT NAQSHBANDIAH
7 malam - Solat Maghrib
7.35 malam - Tazkirah Tasawwuf oleh Syeikh Tarekat
8.30 malam - Solat Isyak
9 malam - Majlis Zikir dipimpin oleh Syeikh Tarekat
11 malam - Jamuan Makan & Bersurai
Urus Setia (Seminar Secretariat)
Bahagian Penyelidikan
Aras 1, Blok A,
Pusat Islam Iskandar Johor
Jalan Masjid Abu Bakar
80990 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-2282943
Fax: 07-2274144 / 07-2276041